Sambutan Lorenzo's Oil

Ulasan kritis

Roger Ebert dari Chicago Sun Times memberikan skor filem sebanyak empat bintang dan menyifatkannya "filem yang sangat mengharukan".[3] Beliau menambahk, "tidak mungkin untuk tidak terjebak di dalamnya" dan James Berardinelli dari ReelViews memberikannya tiga dari empat bintang dan mendakwa, "ini tentang perang untuk pengetahuan dan kemenangan harapan melalui ketekunan."[4] Laman pengagregat ulasan, Rotten Tomatoes, secara retrospektif mengumpulkan ulasan dari 37 kritikan untuk memberikan skor filem sebanyak 92%, dengan nilai rata-rata 8/10, hingga Jun 2019.[5]

Respon media

Biarpun filem ini seolah-olah menggambarkan peristiwa yang berkaitan dengan keadaan anak lelaki itu dan usaha ibu bapanya dalam jangka masa yang diliputi oleh filem itu, filem ini dikritik kerana menunjukkan penyembuhan ajaib.[6] Penyelidikan seterusnya dengan minyak Lorenzo tidak membuktikan keberkesanan jangka panjangnya dalam merawat ALD selepas permulaannya.[7] Subjek sebenarnya dari filem ini, Lorenzo Odone, meninggal kerana pneumonia pada Mei 2008 pada usia 30, setelah hidup dua dekad lebih lama dari yang diperkirakan oleh doktor.[8]

Hugo Moser, yang merupakan dasar bagi watak Profesor Nikolais, menyebut gambaran wataknya sebagai "kekejian".[9]

Kutipan pecah panggung

Filem ini meraih $ 7.286.388 di dalam negeri dengan anggaran sekitar $30 juta.[10][11]